Sunday, August 22, 2010

Munif Hijjaz Perfume
Munif Hijjaz Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkongsian milik penuh Bumiputera yang diasaskan dan diterajui oleh Ustaz Munif Ahmad yang merupakan penyanyi utama kumpulan nasyid popular di Malaysia iaitu Kumpulan HIJJAZ. Tercetusnya ilham untuk mengeluarkan pati minyak wangi jenama peribadi ketika beliau mengikuti satu rombongan jemaah menunaikan Umrah pada bulan April 2009. Melalui kombinasi idea Ustaz Munif dan juga salah seorang jemaah Umrah tersebut yang juga merupakan seorang ahli perniagaan maka terhasillah rangkaian pati minyak wangi “Munif Hijjaz Perfume”
Pihak syarikat Munif Hijjaz Sdn Bhd menggunakan pati minyak wangi yang halal yang diimport khas dari luar Negara, khususnya dari negara Perancis. Tiada unsur-unsur haiwan atau sebarang bahan-bahan terlarang digunakan dalam penyediaan pati minyak wangi tersebut. Sumber alam semulajadi seperti ribuan jenis bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan merupakan bahan utama yang diproses untuk menghasilkan pati minyak wangi yang menjadi pilihan kami.

MunifPerfume.Blogspot adalah sekumpulan pelajar dari Unversiti Kuala Lumpur Kampus Kota : Malaysian Institute of Information Technology (MIIT) yang menjadi salah satu kumpulan pengedar dari beberapa pengedar haruman Munif Hijjaz Perfume. Haruman ini mempunyai 18 jenis haruman inspirasi iaitu 6 jenis untuk lelaki dan 12 jenis untuk wanita. Anda boleh merujuk segala maklumat di http://www.munifhijjaz.com/ .Segala gambar dan logo di dalam blog ini hanyalah bertujuan promosi.